Tuesday, 7 February 2012

CEK NCD ANDA DISINI

Renew Insurans Kereta

Sebelum renew road tax mesti kena renew insurans kereta dulu, selalunya orang sebut insurans body. Biasanya kita boleh renew melalui web MyEG tapi aku rasa agak susah sikit sebab kena tau sendiri berapa peratus NCD (Non Claim Discount) untuk kereta kita. Dalam MyEG tak diberi kemudahan untuk mengetahui NCD kenderaan kita, melainkan dengan hanya pilih 0% kalau tak tau berapa peratus NCD. Pihak MyEG akan kirakan untuk kita dalam masa seminggu. Itu menurut apa yang aku baca melalui popup message yang keluar. Lama betul nak kena tunggu sampai seminggu. Jadi sebagai alternatif korang boleh check melalui laman web MotorTakaful.com. Jauh lebih mudah.
motortakaful Renew Road Tax Kenderaan Secara Online

Check NCD

Korang boleh check NCD pada bahagian kiri muka depan laman web MotorTakaful.com seperti gambar kat bawah ni. Isikan pada kotak yang bertanda * seperti nombor plat kenderaan korang, nombor IC dan last sekali pilih syarikat insurans mana yang korang guna untuk renew insurans kereta sebelum ni. Boleh refer pada salinan borang pembaharuan insurans sebelum ni kalau ada. Kalau tak ada, terpaksalah mintak tolong ejen insurans untuk check, lepas tu pandai-pandai koranglah buat helah untuk lari daripada berurusan dengan dia hehe.
2 2 Renew Road Tax Kenderaan Secara Online
Dah isi semua, klik pada Confirm NCD. Secara automatik sistem akan check berapa peratus NCD kenderaan korang. Bila dah dapat nilai NCD, klik pada butang Submit untuk langkah seterusnya.

No comments:

Post a Comment