Sebelum anda dibenarkan menjalankan perniagaan Takaful Keluarga. Anda dikehendaki menduduki peperiksaan Asas Wakil Takaful atau TBE ( Takaful Basic Exam ) terlebih dahulu yang dikendalikan oleh Malaysian Insurance Institute atau MII. Pusat peperiksaan ini terdapat di semua negeri kecuali di negeri Perlis.
Pendaftaran peperiksaan
Untuk melayakkan anda menduduki Peperiksaan TBE anda dikehendaki menjelaskan yuran peperiksaan sebanyak RM40.00
Buku untuk dibaca
Anda perlu membeli buku Asas Wakil Takaful yang bernilai RM20.00 untuk persediaan menduduki peperiksaan dan kebanyakkan soalan berkaitan peperiksaan berada didalam buku ini.
Dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran peperiksaan
Sediakan 1 salinan Kad Pengenalan depan dan belakang beserta 1 salinan sijil SPM
Tempoh masa yang ditetapkan
Anda dikehendaki menjawab kesemua 50 soalan yang diberikan dalam masa 1 jam 30 minit bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang
Setelah anda lulus peperiksaan Asas Wakil Takaful anda dikehendaki menyerahkan 4 keping gambar bersaiz Kad Pengenalan bertali leher untuk lelaki dan bertudung untuk wanita beserta dengan 1 salinan buku / penyata akaun Maybank

Cetak permit peperiksaan
Pada kebiasaannya, agensi anda akan mencetak permit peperiksaan dan memberikan kepada anda.
Pada kebiasaannya, agensi anda akan mencetak permit peperiksaan dan memberikan kepada anda.
Semak keputusan peperiksaan TBE
Keputusan peperiksaan boleh disemak disini selepas 14 hari dari tarikh peperiksaan dijalankan.
ANDA BERMINAT MENDAPATKAN PERLINDUNGAN MAA TAKAFUL ?
HUBUNGI SAYA , 019-4501568 (Hisham)
No comments:
Post a Comment